Monday 30 January 2012
Scandal Fidlot : Shamsulbahrin diarah rasuah polis oleh NFC?
Nampaknya Ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang hendak dijadikan sebagai 'Kambing Hitam' dalam skandal NFC ini tidak rela dirinya dikorbankan.. oleh itu beliau mula mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku..
Dalam laporan polis yang dibuatnya beliau mendakwa telah diarah seorang pegawai NFC untuk merasuah pihak polis bagi menutup siasatan terhadap skandal pusat penternakan lembu tersebut.
Alangkah baiknya jika kedua-dua yang disabitkan kesalahan kerana tuduhan membunuh Altantuya juga menerangkan apakah motifnya Altantuya dibunuh oleh mereka kerana hingga ke hari ini kita masih tidak tahu pakah motifnya Altantuya dibunuh..
PKR dakwa NFC arah Shamsulbahrin rasuah polis
PETALING JAYA, 30 Jan — PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berikutan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, mendakwa ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail telah diarah seorang pegawai NFC untuk merasuah pihak polis bagi menutup siasatan terhadap skandal pusat penternakan lembu tersebut.
Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini berkata, pihaknya difahamkan bukti tersebut dikirim melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh pegawai tersebut kepada Shamsulbahrin.
"Shamsulbahrin telah membuat satu laporan polis bahawa terdapatnya arahan supaya merasuah pihak polis untuk menutup siasatan terhadap NFC.
Menurut Zuraida, berdasarkan laporan polis yang dibuat Shamsulbahrin pada 27 Januari lalu, ahli perniagaan tersebut mengakui telah menerima tekanan melalui telefon oleh pegawai NFC supaya merasuah pihak polis untuk menutup kes skandal NFC.
Selain itu, pelantikan tersebut jelas Shamsulbahrin bertujuan untuk menjadikannya "kambing hitam" isu skandal NFC.
"Antara perkara yang dipersetujui antara Shamsulbahrin dan (pegawai NFC) adalah memperkemaskan penyata akaun dan kewangan NFC, agar tidak berlaku syak semasa siasatan forensik perakaunan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan pihak polis.
"Shamsulbahrin dibayar RM2.2 juta untuk tujuan itu dan direkodkan sebagai "bayaran kepada perunding dan penasihat media dan komunikasi korporat" dalam rekod akaun NFC.
Berdasarkan perjanjian tersebut jelas Zuraida, antara perkara yang dipersetujui dan diatur adalah pesanan 200 ekor lembu dara dari Afrika, Datuk Salleh dipertemukan dengan pegawai tertinggi Bukit Aman bagi memudahkan siasatan dan "menguruskan" pegawai polis dan SPRM.
"Apabila akaun dan aset NFC dibekukan, Salleh telah menuduh Shamsulbahrin cuba menipu dan kemudian memerangkapnya, disusuli satu siasatan dan pembekuan ke atas akaun syarikat dan isterinya," tambahnya.
"Shamsulbahrin juga menjelaskan, siasatan yang dijalankan ke atasnya berunsurkan politik yang mana, beliau merasakan dirinya telah dianiaya oleh pihak berkuasa bagi menutup skandal NFC," tambah Zuraida, dan menegaskan, walaupun maklumat tersebut sudah berada dalam tangan pihak berkuasa, namun, sehingga kini, tiada tindakan susulan diambil.
Sehubungan itu, Zuraida menegaskan, SMS yang diterima Shamsulbahrin itu menjadi bukti kukuh terdapatnya cubaan merasuah pihak polis oleh Salleh bagi menutup siasatan terhadap NFC.
Thursday 26 January 2012
Panas: ANAK Dedah 'Isi Perjanjian' Felda Dengan Semua MB Ialah Untuk Memajak Tanah Peneroka
KUALA LUMPUR, 26 Jan - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendedahkan isi perjanjian yang dibuat antara Felda Global Ventures Holdings (FGVH) bersama Felda Holdings untuk ditandatangani oleh Menteri Besar di setiap negeri yang antara lainnya bertujuan untuk pajakan tanah peneroka. Pengerusinya, Mazlan Aliman (foto) berkata, pendedahan dibuat berikutan suara mereka sebelum ini tidak diendahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Anak menyarankan supaya mempertimbangkan semula usaha penyenaraian FGHV di Bursa Malaysia. Tegasnya, penyenaraian tersebut tidak menguntungkan warga Felda sebaliknya akan memberi keuntungan kepada mereka yang berkepentingan. "Perbincangan seolah-olah ditutup oleh pihak kerajaan dan mereka seolah-olah bersungguh-sungguh nak membuat penyenaraian yang bagi kami ini sesuatu yang tak boleh diterima sama sekali. “Jadi memandangkan kami telah memberi masa secukupnya pada kerajaan untuk timbang pandangan kami, maka kami akan membuat pendedahan mengenai apakah sebenarnya agenda di sebalik penyenaraian ini," katanya pada satu sidang media hari ini. Pada 15 Januari lalu, Najib meminta peneroka Felda supaya tidak percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka tanah rancangan itu. Perdana Menteri berkata, peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka. "Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda. "Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan mendapat sambutan masyarakat Felda," tambahnya lagi.
[Pendedahan Mazlan Aliman ini cukup menggemparkan dan wajar diberi perhatian oleh semua masyarakat peneroka Felda. Mereka harus sedar, sampai bilakah mereka mahu menjadi "hamba di tanah sendiri". Geran sudah diperolehi tetapi "tuan tanah" masih tidak punyai kuasa untuk menguruskan tanah mereka sendiri. Inilah yang berlaku kepada peneroka Felda. Mereka harus ingat, bahawa Felda bukanlah "tuan tanah" dan mereka sudah diberi upah dan bayaran untuk membangunkan tanah-tanah terbabit. Majoriti peneroka sudah melunaskan hutang masing-masing dan mereka punyai hak untuk menguruskan tanah mereka sendiri. Tidak perlu akta atau syarat-syarat lain untuk menghalang mereka. Ini kerana, tanah yang diperolehi itu bukanlah percuma dan mereka telah membayar segala usaha Felda itu sejak sekian lama. Kenapa perlu dipajak semua kepada Felda, dimana untung akan diperolehi oleh agensi terbabit sedangkan mereka akan makan kulitnya sahaja. Oleh itu, sedarlah bahawa kini sudah tiba masa untuk berubah. Usahlah terus terpedaya dengan taktik Felda yang cuba mengaburi mata peneroka kononnya membawa agensi itu ke Bursa Malaysia akan menguntung mereka. Walhal, ada agenda tersembunyi pihak tertentu yang mengaut untung besar atas semua ini].

Pakatan lebih pandai perintah dari BN
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, meminta pengundi-pengundi di Pahang tidak terpengaruh dengan dakyah kononnya hanya BN yang pandai memerintah sebaliknya membuka mata melihat kejayaan ditunjukkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
Katanya, sebagai bukti boleh dilihat negeri Kelantan pimpinan PAS yang seolah-olah dianaktirikan, tetapi berjaya membangun setanding dengan negeri-negeri lain.
“Jika di bawah pentadbiran kerajaan Umno BN dulu Kelantan duduk di ranking nombor dua paling miskin, di bawah PAS kini telah naik ke tangga ke enam dan kadar kemiskinan hanya 4.1%.
“Bukan setakat itu, negeri pimpinan Tok Guru berjaya melunaskan hutang kerajaan Pusat setakat 2010 saja RM220 juta sedangkan hutang yang ditinggalkan Umno dulu ialah RM718 juta.
“Ini boleh dibandingkan dengan hutang kerajaan BN Pahang yang sudah menjangkau RM2.3 bilion, dan kita yakin akan terus bertambah,” ujarnya.
Beliau berucap demikian ketika membentangkan kertas kerja kepada jentera penerangan parti segenap peringkat di Darul Amin Sungai Gau di sini, kelmarin.
Idris berkata, Kelantan yang ditohmahkan sebagai mundur oleh Umno, mampu memberi pinjaman kepada kakitangan kerajaan tanpa riba.
“Di Kelantan ada projek ladang rakyat dengan sahamnya diagihkan kepada penduduk miskin yang mendapat dividen bulanan tanpa mengira kaum, agama dan parti . Warga emas pula diberikan Takaful Kifalah yang apabila meninggal waris dapat wang RM2,500.
“Di Kedah, tengok hasil balaknya meningkat sehingga 205% seperti diakui Ketua Audit Negara. Kedah juga mencipta sejarah melepasi defisit RM19 juta dan cukai tanah diturunkan demi untuk rakyat.
“Cuba bandingkan dengan Pahang yang mewah dengan balak tetapi pendapatan untuk negeri begitu kecil sehingga kerajaan negeri terpaksa meminjam daripada Pusat untuk menampung perbelanjaan dan pembangunan,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Idris membanding dengan Selangor yang mampu memberikan bekalan air paip percuma kepada rakyatnya sedangkan Pahang yang kaya dengan sumber rair sungai ini tidak beri percuma.
Tambahnya, beliau diberitahu, di Pahang bukan saja bil air mahal malah bekalan pula kerap terganggu.
“Di bawah kerajaan Pakatan di Selangor sekarang gaji guru Kafa dinaikkan kepada RM1,300 hingga RM1,500. Di Pahang berapa? Ditubuhkan pula Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang menyediakan tabung permulaan RM100 bagi setiap bayi kelahiran Selangor. Sebanyak RM1,500 boleh dikeluarkan selepas umur 18 tahun.
“Tengok Pulau Pinang pula walaupun diterajui Ketua Menteri dari DAP tetapi Sekolah agama Rakyat dibantu dan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam ditambah sehingga RM25 juta setahun.
“Wakil rakyatnya tidak dibenarkan memohon tanah. Setiap bayi lahir diberikan wang antara RM100 ke RM200 manakala warga emas yang berumur 60 tahun ke atas mendapat RM1 ribu,” tambahnya.
Ustaz Idris menjelaskan, rakyat sepatutnya bijak menilai sesebuah kerajaan yang baik dan tidak seharusnya terpedaya dengan propaganda media Umno sahaja.
Tuesday 24 January 2012
Dedicated follower of fashion
ROSMAH MANSOR likes to be introduced as the First Lady of Malaysia, but for Sydney fashion designer Carl Kapp, she is his first lady of shopping.
The wife of the Malaysian Prime Minister, Najib Razak, is known across Malaysia simply as FLOM (First Lady of Malaysia), and is Kapp's biggest customer, having dropped an estimated $100,000 in his boutique ordering garments during a private holiday in Sydney a little more than a fortnight ago.
''She was absolutely gracious and very easy to deal with,'' Kapp told PS this week, agreeing she was nothing like the woman often portrayed in Malaysian media for her allegedly extravagant lifestyle.
In recent months, Mansor, who stayed with her husband in the $20,000-a-night penthouse at The Darling hotel, has been forced to deny reports she had bought a $US24 million diamond and a $US200,000-plus crocodile skin, bejewelled Hermes handbag. Kapp, who has a keen eye for such bags, having worked for Hermes, said he did not see any such handbag when he met her.
What her critics in Malaysia will make of her Sydney shopping spree, first reported on local fashion blog Frockwriter, is yet to be determined.
Kapp, who became suspicious of the identity of his mystery VIP customer when his Oxford Street store received a flurry of calls requesting valet parking for her limo, said he was being flown to Malaysia next month with a collection of ''toiles'' for Mansor to try on before completing her massive order of 61 dresses, pants and tops.
All made from the finest silk and in a variety of exotic colours and prints, Kapp said his new muse had ''a very good eye for colour and she likes a lot of prints''.
Panas: 'Duit Zakat Beli Hotel', MUIP Di Gesa Siasat Master Mind Di Sebalik Segala Urusan Berkenaan!
KUANTAN, 25 Jan - Gara-gara melantik "orang luar"menjadi Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) maka akhirnya kontroversi pembelian Hotel MS Garden terjadi. Menurut sumber, pegawai berkenaan dikenali sebagaiIzhar Ahmad (foto) yang berasal dari "luar Pahang" itu dipercayai menjadi punca segala kekalutan yang melanda MUIP sekarang ini. Beliau yang bukan merupakan "orang agama" diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjaga hal ehwal ekonomi MUIP. Malah, menurut kariah di kawasan tempat tinggal beliau, kelibatnya tidak pernah dilihat bersama-sama jemaah yang lain di surau tamat perumahan terbabit. Justeru itu, pihak kami mendesak supayaKerajaan Negeri Pahang menyiasat hal ini demi kepentingan agama Islam itu sendiri. Tindakan beliau yang mempengaruhi Timbalan Yang DiPertua MUIP, Dato' Sri Wan Hj.Abdul Wahid Hj.Wan Hassan untuk menggunakan "duit zakat" bagi membeli hotel terbabit amatlah dikesali. Malah, difahamkan beliau turut memanipulasi nama "pihak istana" untuk membolehkan urusan pengambilan wang zakat dipermudahkan. Tindakan yang mengelirukan ini tidak wajar berlaku sebenarnya, kerana wang zakat adalah bertujuan untuk kebajikan dan bukannya komersial. Menurut sumber, segala urusan pembelian hotel berkenaan kini hampir selesai sepenuhnya. Malah, bayaran deposit urusan pengambilalihan hotel terbabit sudah pun dilunaskan iaitu sebanyak RM5 juta. Difahamkan juga, hotel ini mahu dijadikan "Islamic Hotel" seleras dengan hala tuju MUIP yang mahu meningkatkan syiar agama Islam di negeri ini. Namun, apa yang meragukan ialah pembelian terbabit hanya atas namanya sahaja, sedangkan pihak pengurusan dikekalkan kerana MUIP langsung tidak punyai kepakaran untuk mentadbir sebuah hotel sehebat MS Garden itu sebenarnya. Inilah yang memusykilkan umat Islam andainya segalanya ini berlaku. Nama MUIP akan tertera pada hotel terbabit, sedangkan di dalamnya masih mengekalkan benda yang sama. Apakah Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP tidak boleh berfikir sebijak itu dan hanya mengejar komisyen dan keuntungan yang akan diperolehi atas pelaburan yang cukup menimbulkan kontroversi ini.
FLOM vs FLOS
Tabiat Boros Rosmah disiarkan di Brunei pula..
Di bawah tajuk, "Rosmah's 'Shopping Spree' Hits Aussie Paper", portal berita nombor satu Brunei itu turut menyiarkan laporan yang mendedahkan betapa jijiknya perangai isteri boros seorang Perdana Menteri yang sering menyuruh rakyatnya berjimat cermat.
Sementara itu, Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery, yang menulis artikel itu mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.
"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?
"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya beberapa jam yang lalu.
Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Ingatlah Rosmah,tak semua penulis kamu boleh suap dengan wang ringgit untuk menggadaikan prinsip penulisan mereka lalu meminta maaf kepada kamu sambil mengaku memfitnah.
Ada penulis yang boleh dibayar untuk meminta maaf kepada kamu, tapi kali ini kamu bertemu buku dengan ruas. Penulis ini tak pandang duit, malah kamu dicabar agar menyamannya untuk membuktikan kebenaran kamu.
Sumber : Milo Suam

Friday 20 January 2012
ashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12
Harakahdaily, | 13 Jan 2012 |
KOTA BHARU, Jan 13:Misteri pembatalan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum ke 12 telah terburai semalam di Wacana Perdana 9 bertajuk, “Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?” yang diadakan di sini malam tadi.
(Gambar: Wacana Perdana di KTC malam tadi)
Forum yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Mohd Agus Yusuf dengan tiga panelis – Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS, Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam hujahnya, Rashid berkata beliau dan SPR telah berusaha untuk memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, sebelum ia dibatalkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang PRU-12.
“Usahlah cakap pasal dakwat kekal, saya dulu pun dah nak buat kalau orang tak sekat… (tepukan gemuruh), undang-undang dah buat, tapi ada orang yang tidak bersetuju dia sekat.
“Jadi ini nak buat pula, baguslah, buat lah, memang itu patut dibuat… SPR tak tipu, kalau ada penipuan, itu orang lain tipu. Jangan salahkan SPR. Orang lain saya tak tahu. SPR ikut undang-undang 100 percent, jangan salahkan SPR. Kalau undang-undang itu bodoh macam lembu, bodoh macam lembulah,” kata Rashid dalam forum itu.
Pada masa ini, Husam mencelah, “Tan Sri, kalau parti-parti lain itu menipu, SPR duduk sana buat apa?”
Rashid pula membalas, “SPR tak ada kuasa.” Balasan Rashid itu membuatkan hadirin yang penuh sesak dalam dewan itu tidak kering gusi dengan gelak ketawa.
Menjawab Rashid, Nazri mengaku bahawa beliaulah antara orang yang mempertikaikan penggunaan dakwat kekal kerana berdasarkan perlembagaan negara, perkara yang melayakkan seseorang itu mengundi hanya dua – berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi.
“Jadi, kalau ada seorang yang tak mahu dakwat kekal dicalit di jari dan mahu kertas undi, apa yang berlaku? Syaratnya cuma dua, berumur 21 tahun dan berdaftar. Disebabkan itu, dan waktu PRU dah dekat, SPR ambil pendekatan untuk batal penggunaan dakwat kekal,” terang Nazri mengenai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan.
Mengenai persoalan mengapa dakwat kekal digunakan sekarang pula, Nazri berhujah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan baru sahaja memberikan lampu hijau untuk penggunaan dakwat kekal dan peguam negara bersetuju untuk tukar perlembagaan untuk membolehkannya.
“Sekarang Majlis Fatwa baru umum benarkan, maksudnya dulu tak pernah umum lah, kalau tak mengapa nak umum dua kali,” sindir Nazri.
Menjawab dakwaan Nazri mengenai halangan perlembagaan, Rashid secara sinis menjawab, “Saya tak setuju bantahan Peguam Negara pada 2007. Dalam perlembagaan pun tak kata mesti tunjuk kad pengenalan (IC) sebelum mengundi. Tapi kita suruh tunjuk IC, kalau tak dia tak boleh mengundi. Itupun dipatuhi. Kalau nak mengundi kena patuhi peraturan dan cara-cara mengundi.”
Dalam kontroversi Majlis Fatwa Kebangsaan, Husam mengingatkan Nazri bahawa fatwa sudahpun dikeluarkan pada 2007, dan semua ini boleh disemak melalui web e-fatwa di Internet.
“Tan Sri Rashid baru berbisik kepada saya, SPR ada menerima surat daripada Majlis Fatwa mengenai hal itu pada tahun 2007. Macam mana seorang menteri tak tahu mengenai hal ini? Wallahuaklam,” kata Husam.
Kemudian, exco kerajaan Kelantan turut mengingatkan Rashid mengenai alasan yang diberikannya kepada rakyat ketika pembatalan dakwat kekal bahawa terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.
“Pada 5 Mac 2008, Tan Sri keluar di kaca TV memberikan 2 sebab mengapa dakwat kekal tak jadi guna. Dia memberi sebab keselamatan kerana ada orang ditangkap membawa dakwat ini termasuk di Kelantan.
"Ketua Polis Tan Sri Musa Hasan pula mengesahkan adanya dakwaan tersebut. Dan kemudian ditanya ahli parlimen Pakatan Rakyat selepas Mac 2008, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan tiada tangkapan tersebut dan tiada dakwaan dibuat. Bermakna, Tan Sri Rasyid telah dipaksa berbohong,” selar Husam.
Husam turut berkata keputusan menggunakan dakwat kekal kini adalah hasil perjuangan Bersih 2.0.
“Yang berikan hujah yang kata dakwat kekal boleh digunakan untuk PRU akan datang ini ialah Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang dulunya memberikan nasihat yang sama tak boleh pakai. Peguam Negara yang sama yang dulu kata tak boleh pakai, tetapi kini boleh pakai, bermakna ada sesuatu yang lompang kepada sistem piliharaya ini.
"Yang lebih penting ialah, bila Tan Sri Ghani Patail kata boleh pakai sekarang, ini adalah hasil daripada Bersih. Kalau tak ada Bersih, tak adalah dakwat kekal kini,” tambah beliau lagi.
Sementara itu, Rashid berkata undang-undang pilihanraya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya.
“SPR kena share kuasa, jadi demokrasi negara tak lengkap. Orang lain berkuasa, polis berkuasa, kementerian penerangan berkuasa... bukan Umno berkuasa (gelak hadirin), tapi mereka tak bebas,” kata beliau.
Keterangan Rashid dipersetujui Husam.
“Setuju kuasa SPR tak mencukupi, jadi pemulihan PSC (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) tidak kena pada core (tunjang) nya (memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk laksana undang-undang pilihanraya).”

Wednesday 18 January 2012
Nazri kata istihar harta Menteri itu bahaya..
Kata Nazri "Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,”
Memang merbahaya.. merbahaya kepada masa depan karrier politik kepala-kepala penyamun yang berada di dalam UMNO..
Merbahaya kepada masa depan karrier politik mereka kerana harta negara yang dirompak dan disembunyikan mereka selama ini akan terdedah..
Jika tiada apa yang hendak disorokkan mengapa takut untuk melakukannya?
Tapi kalau terdedah sekalipun pencacai-pencacai UMNO tetap menyokong mereka.. kan tahap intelektual pencacai UMNO tu sama saja dengan tahap intelektual ternakan Shahrizat di NFC tu..
Tak dengarlah pulak Menteri-menteri Kabinet India dan Thailang yang baru-baru ini mengistiharkan harta mereka sekarang berada di dalam bahaya..
Alasan Nazri kerana takut untuk mengistihar harta tu mungkin akan dipercayai pencacai-pencacai UMNO..
Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri
Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.
"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.
Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.
Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.
Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.
Tuesday 17 January 2012
Sunday 15 January 2012
Friday 13 January 2012
LUCUNYA NAJIB MAHU TOLONG RAKYAT SELANGOR, RAKYAT NEGERINYA SENDIRI PUN MENDERITA, at 14.1.12,
Mahu tolong rakyat Selangor? Rakyat Pahang apa macam, bro? |
NAMPAKNYA Najib terlupa bahawa Selangor suatu ketika pernah ditadbir oleh Umno/Bn selama berpuluh tahun dan pada ketika itu rakyat di Selangor menderita di bawah Umno/Bn walaupun Selangor adalah negeri yang terkaya. Apabila kehilangan kuasa pada tahun 2008, sekarang barulah Najib tersedar dari lamunan bahawa selama ini Selangor terabai berpuluh tahun dahulu.
Beliau berkunjung ke Selangor semalam, maka seperti biasa cuba untuk memperbodohkan lagi rakyat di negeri tersebut. Najib berjanji untuk meringankan masalah peniaga Melayu yang menyewa lot kedai di Kompleks PKNS di Shah Alam, jika BN mengambil alih kerajaan negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Najib berucap isu apa di Selangor? Tiada isu yang Najib boleh perlekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Beliau bercakap tentang masalah sampah yang sering dimainkan oleh media seperti TV 3. Amat memalukan sebagai seorang PM, Najib membawa isu sampah. Selain dari itu isu apa? Tiada samasekali melainkan berjanji dan terus berjanji. Kononnya mahu meringankan beban para peniaga. Mengapa tidak dilaksanakan di negeri-negeri yang Umno/Bn perintah sekarang? Di Pahang contohnya, adakah para peniaga hidup senang lenang dan terlalu murah harga menyewa lot kedai?
"Wahai Najib, kau jangan temberang la....Tolong rakyat aku kat Pahang ni dulu beb....." |
Kepada rakyat Selangor, anda datang ke Pahang dan bertanya rakyat Pahang apakah yang rakyat Pahang dapat dari Nan Yaakob dan bandingkan dengan apa yang anda dapat di Selangor. Nescaya jauh bezanya umpama langit dan bumi. Maka, releven kah janji Najib kepada rakyat Selangor kalau di negerinya sendiri rakyat menderita? Fikir-fikirkanlah, jangan menjadi bodoh terlampau
Thursday 12 January 2012
Sultan Selangor perkenan gugur Exco
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pagi ini bagi mendapatkan perkenan baginda mengenai pengguguran Hasan sebagai exco itu.
"Memandangkan Datuk Dr. Hasan bukan lagi ahli Pas, saya telah membuat keputusan bahawa Datuk Dr. Hasan tidak lagi boleh menjadi ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan telah menasihati Tuanku untuk membatalkan pelantikan beliau (dari jawatan itu).
"Tuanku telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan Datuk Dr. Hasan sebagai ahli MMKN," katanya pada sidang media di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
satu tindakan bodoh kerajaan.. sebelum buat tak kaji dulu.. bila dah buat baru nampak cacat sana sini.. baru nak tangguh.. nasihat cuepacs tak nak dengar...
Tangguh SBPA: Jangan salahkan kami, kata Cuepacs
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
January 13, 2012
January 13, 2012
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan, pihaknya tidak patut dipersalahkan atas keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan secara rasmi semalam.
Keputusan penangguhan dibuat oleh Kabinet dalam mesyuarat mingguannya kelmarin.
Lewat petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan SBPA akan disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.
Dalam laporan eksklusif semalam, Sinar Harian Online memetik sumber-sumber berkata, Kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.
Mengulas isu ini, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, dari awal lagi pihaknya tidak terlibat dalam perancangan dan perbincangan mengenai SPBA.
Malah katanya, Cuepacs telah cuba membantah pelaksanaan SBPA kerana sudah menyedari implikasinya, seperti yang disaksikan sekarang.
"Tidak boleh salahkan Cuepacs, semua mahu tumpu pada kami, kalau dulu benda baik Cuepacs buat tidak mahu tumpu, ucap terima kasih pun jarang," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online di sini, malam tadi.
Cuepacs mengadakan mesyuarat khas malam tadi bagi membincangkan keputusan penangguhan SBPA.
Tegasnya, Cuepacs sudah dapat menjangkakan rasa tidak puas hati kakitangan awam akan berlaku apabila melihat ketidakseragaman perubahan gaji antara kumpulan gred 27 dan ke atas, yang mengalami kenaikan ketara antara 20 hingga 40 peratus berbanding gred-gred rendah.
Ketika mengumumkan pelaksanaan SBPA dalam ucapan Bajet 2012, Perdana Menteri berkata SBPA, yang memperkenalkan sistem gaji satu lapis, akan membawa kenaikan antara tujuh hingga 13 peratus.
"Apabila lihat skim SPBA ini, kita dapati, kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas, terdapat peratusan naik sampai 50 peratus, terlalu tinggi sedangkan kumpulan gred bawahan hanya empat peratus.
"Macam langit dan bumi. Ini memang mengundang perasan marah.
"Cuepacs tidak mahulah nanti ada yang dapat kenaikan hanya RM40 tapi gred atas sampai RM40,000... perkara ini perlu disemak semula kerana sepatutnya skim ini menceriakan penjawat awam dengan adil dan sama rata," katanya.
Omar berkata, sebelum ini Cuepacs ada diberi taklimat bagaimana skim SPBA berfungsi - dalam menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam, namun kecelaruan berlaku ketika hendak dilaksanakan mulai 1 Januari lalu.
SBPA menggantikan Sistem Saraan Malaysia berkuat kuasa 1 Januari lalu.
"Dalam taklimat kita, gred yang asal, dapat satu kenaikan, akan pindah ke gred yang baru dan akan dapat satu kenaikan lagi. Jadi apabila dicampurkan kedua-dua, inilah kenaikan yang akan diterima.
"Tapi apabila sampai ke (peringkat) jabatan, pelaksanaan itu tidak ada, hanya berlaku kenaikan satu baris di mana apabila ke gred baru gaji, kalau kata RM15, RM15 lah dapat. Ini yang mereka kata tiada kenaikan sedangkan kumpulan di atas dapat kenaikan RM1,500 hingga RM5,000. Maka berlakulah kemarahan (di kalangan kakitangan awam peringkat bawahan)," katanya lagi.
Omar berkata Cuepacs tidak menolak penangguhan SBPA, tetapi menerimanya protes.
Namun begitu, Cuepacs menghormati keputusan itu yang diumumkan oleh Najib semalam dan akan membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera.
"Kalau itu keputusan kerajaan, kami menyambut baik dan Cuepacs minta sembilan pegawai tertinggi kami berada dalam (panel) perbincangan itu kerana kami wakil 1.4 juta penjawat awam di negara ini.
"Jika diwujudkan jawatankuasa lain, kami mahu juga bersama dalam perbincangan itu supaya kami harap isu yang tidak puas hati dan berbangkit ini nak dibawa dalam jawatankuasa itu untuk satu penambahbaikan yang komprehensif berlaku adil dan saksama untu penjawat awam," katanya.
Katanya, Cuepacs akan menekankan beberapa perkara dalam penambahbaikan SBPA dan antaranya penekanan penstrukturan skim baru itu perlu dibuat keseluruhan di mana gred yang tidak terlibat serta badan-badan beruniform juga perlu dikaji semula.
"Gelaran untuk jawatan yang ditukar juga perlu disemak semula mengikut kesesuaian kerana terdapat aduan penjawat awam tidak setuju penukaran jawatan baru.
"Formula kenaikan gaji perlu yang baru supaya pindaan yang akan berlaku yang terbaik, barulah semua pihak berpuas hati.
"Kemudian, senioriti juga perlu diambil kira, kedudukan lama paling maksimum dalam jawatan juga akan diubah dan begitu juga yang telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih tidak dianjak," katanya lagi.
Ketika ditanya adakah JPA telah memanggil Cuepacs untuk bermesyuarat mengenai hal ini, beliau berkata, pihaknya sudah bersedia dan hanya tunggu dipanggil.
"Perkara ini masih baru dan mekanisme akan ditentukan oleh JPA dan kami akan berbincang, diaharapkan dapat diselesaikan secepat mungkin, redakan keadaan semua peringkat penjawat awam," katanya.

perbualan dua sahabat
Mulut Manis shared a link .
satu perbualan pagi
a: aku nak dekat kan diri dengan tuhan
b: bagus bagus.. elok benar ler tu
a: aku nak syurga Allah
b: langkah pertama pilihanraya nanti sila pangkah PAS
a: aku tertanya tanya sejak dulu.. kenapa PAS yer..
b: kerana cita cita PAS nak tegakkan Islam..
a: kenapa plak BN
b: BN bukan tak tegakkan islam tetapi terlalu banyak bercampur dengan kefasiskan dan kekufuran.. mana bleh campur yang haram dan yang halal.. kalau duduk bersama pembuat minyak wangi maka badan kita turut berbau wangi.. kalau duduk dengan tukang besi maka badan kita juga berbau besi yang terbakar..
a: owhh.. faham lah sikit sikit..
b: kau kata nak hampiri Allah kan.. pergi lah ke masjid surau.. disana bleh dapat banyak kebenaran.. insyaAllah..
a: inssyaallah akan ku fikirkan.. banyak nak kena celik ni..
b: tengok lah video ni sebagai penjana pemikiran...

Kata hati pembaca..
Siapa sebenar berkonspirasi?
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
ARENA politik negara dikatakan lebih menarik apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Isnin lalu.
Ia memandangkan pembebasan berkenaan akan memberi peluang kepada Anwar buat kali kedua mengetuai pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi sama ada Anwar dibebaskan atau dipenjarakan ia tiada kaitan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. (kelabu fakta dan kelabu mata ni)Selama ini, kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mempeduli apa pun berlaku kepada Anwar sepanjang perbicaraan berlangsung. (Hahahahaha buat lawak penulis ni)
Sebaliknya ketika puak-puak pembangkang melaungkan reformasi dan ada kala bersikap seperti mahu melakukan revolusi melalui demonstrasi, kerajaan BN pula terus melakukan transformasi dalam pelbagai bidang demi kesejahteraan rakyat dan negara. (kaki bodek betoiiii)
Oleh itu, perhitungan dalam pilihan raya umum akan datang, bukan soal Anwar dipenjara atau dibebaskan, beliau jadi ketua pembangkang atau tidak, sebaliknya soal sejauh manakah apa yang dilakukan oleh kerajaan BN diterima oleh rakyat. (rakyat kebanyakan dah tak terima dan dah muak dah)
Atas sebab itulah pemimpin dan penyokong parti tersebut tidak perlu pening kepala dan tidur tidak lena hanya kerana Anwar dibebaskan, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah meneruskan agenda politik seperti biasa. (hahahahaa bla la weiiii.. ssemua tahu pemimpin bn takut kebangkitan rakyat sampai tak lena tidur)
Biarlah Anwar dan rakan-rakan mengelilingi dunia dan meredah setiap pelosok tanah air bagi meraikan kemenangannya. (bukan meraikan kemanangan kes tapi mentertawakan kebodohan pemimpin yang menabur fitnah)
Biarlah mereka terus dengan agenda politik fitnah, tohmahan, maki-hamun dan kebencian kerana itu sahaja kekuatan yang mereka ada. Apa yang paling utama kepada BN dan UMNO ialah terus mendekati rakyat dengan agenda bagi meningkat taraf hidup mereka. (mendekati ada makna,, takut periuk nasi bocor,, )
Anggaplah keputusan yang dibuat oleh mahkamah itu adalah ketentuan Allah SWT yang sudah pasti ada hikmahnya.
Dan kita perlu ingat bahawa, kalau pun ditakdirkan Allah SWT, Anwar mengepalai pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum nanti tiada apa yang perlu dikhuatirkan. (tak perlu khuatirkan pun... tunggu jer PRU13)Ia kerana ini bukan kali pertama beliau berbuat demikian, pada tahun 2008 Anwar juga menjadi ketua pembangkang tetapi apakah pembangkang berjaya memerintah Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri seperti mana yang beliau idam-idamkan? (memang tak dapat memerintah tapi ngko tak tengok ke berapa kerusi BN hilang)
Tidak juga, pembangkang hanya menjadi kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (selama 11 bulan) serta menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. (pencapaian yang sangat baik bagi merobohkan dominasi BN yang entah apa apa tu)
Tetapi cuba fikirkan kenapakah keadaan itu berlaku? Faktor kemenangan yang dianggap besar berkenaan terjadi kerana situasi politik, ekonomi dan pentadbiran negara ketika itu.(tau pun .. sememangnya itu lah faktornya, politik kotor, ekonomi negara direncatkan oleh keborosan pemimpin dan pentadbiran penuh korupsi dan huru hara)
Namun sekarang boleh dikatakan hampir kesemua masalah berkenaan sudah diatasi melalui kegigihan Najib melakukan transformasi dalam pelbagai bidang sama ada politik, ekonomi, sosial mahupun keselamatan.
Malahan sokongan rakyat kepada BN terutamanya UMNO juga semakin meningkat termasuklah di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang. (hahahahha tahun 2012 ni bleh masuk Raja lawak mamat nih)
Hakikatnya, kalau kita mahu berfikir sejenak pengaruh Anwar semakin merosot, ini jelas dapat dilihat apabila mereka gagal mengumpulkan 100,000 orang untuk berkumpul di hadapan mahkamah, yang hadir hanya sekitar 5,000 orang sahaja. (budak budak tadika yang tak berintenet bleh la kau tipu figure tu)
Malahan ceramah-ceramah juga kehadiran tidak sampai 2,000 orang, semua ini terjadi kerana rakyat semakin memahami watak politik Anwar yang sebenar. (kesian betoi la mamat ni tak pandai nak mengagak bilangan manusia)
Memang kita tidak nafikan bahawa di peringkat bawah mungkin ada rakyat yang akan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sudah pasti akan mengeksploitasikan isu perbicaraan Anwar, pembangkang akan menguar-uarkan bahawa konspirasi memenjarakan Anwar gagal. (bukan peringkat bawah tapi peringkat yang berfikiran mcm penulis.. golongan profesional dan bijak pandai dah celik matanya)
Tetapi UMNO dan BN perlu memperjelaskan bahawa jika benar kes Anwar adalah satu konspirasi maka sudah lama Anwar disumbatkan dalam penjara. Tak kanlah UMNO hanya melakukan konspirasi sampai ke tahap perbicaraan sahaja tetapi apabila keputusan Anwar dibebaskan? (hajatnya memang ler nak memenjarakan tapi lakunan actor tak menjadi.. kesian betoi)
Jelaslah teori konspirasi ini hanyalah ciptaan pembangkang dan hakikatnya, merekalah sebenarnya sedang melakukan konspirasi bagi menjatuhkan kerajaan BN melalui fitnah bahawa parti itu terlibat dalam isu liwat Anwar.
Konspirasi ini bukan sahaja di dalam negara melalui pelbagai ceramah yang dilakukan tetapi juga di luar negara, apabila Anwar tidak habis-habis memburukkan kepimpinan negara di negara-negara yang dikunjungi.
Kita tidak harus lupa bahawa Anwar juga menjaja seluruh dunia bahawa kes liwatnya adalah satu perancangan politik dan beliau berjaya mempengaruhi sesetengah masyarakat antarabangsa bahawa beliau akan dipenjarakan.
Tetapi apa yang berlaku pada Isnin lalu sudah membuktikan apa yang dikatakan oleh Anwar hanyalah satu fitnah terbesar kepada kerajaan BN. (dah memang buruk pun.. dunia pun tau.. )Sebab itulah untuk menutupi 'dosanya' kerana membohongi dan memperdayakan masyarakat antarabangsa, Anwar sebaik sahaja keputusan perbicaraan diumumkan memberitahu, keputusan membebaskan beliau itu ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia.(itulah kenyataan yang tak perlu dinafikan)
Apa yang melucukan, kenyataan beliau itu dinafikan oleh peguamnya sendiri, Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP yang menegaskan, ia adalah keputusan badan kehakiman berdasarkan bukti dan kandungan perbicaraan sepenuhnya. (satu kenyataan yang telah ngko dan kerajaan BN memutar belitkan.. sama seperti memutarbelikan isu "suka sama suka... memang lucu lah ayat ayat pro BN ni.. bahkan bukan saja lucu tapi menjijikkan)
Justeru jelaslah, Anwar dalam apa situasi sekali pun tidak akan meninggalkan tabiat politik putar belitnya, jadi kenapakah perlu melayan politikus seumpama itu? (Anwar politikus tapi pemimpin BN semua menikus)
Perlu difahami sebahagian besar rakyat sudah muak dengan gelagat Anwar serta amalan politik pembangkang yang bukan sahaja mengamalkan politik kebencian tetapi juga double standard. (ayat terbalik tu.. gantikan nama Anwar tu dengan perkataan Najib)
Bagi pembangkang, mereka sahaja pakatan paling sempurna dan suci di muka bumi Allah ini tetapi hakikatnya kerjasama politik merekalah paling pincang. Ia kerana di dalam pakatan itu, ada yang cuba menjadi big brother, ada yang menjadi pencatur dan ada yang hanya menjadi 'pak turut'. (tahun ni bleh dapat Dato' ni penulis ni)
Lebih daripada itu, rakyat juga tahu menilai bagaimana pembangkang tidak pernah mengakui kelemahan sendiri sebaliknya apa juga berlaku kepada pakatan mereka, segalanya dituding kepada BN dan UMNO. (selayaknya semua rakyat perlu menuding jari kepada kerajaan BN dan Umno kerana kegagalan mentadbir Malaysia)
Perjuangan pembangkang adalah demi mencapai cita-cita politik Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, sebab itulah Anwar berkata, kalau beliau dipenjarakan pun beliau tetap akan memegang jawatan berkenaan, sedangkan perjuangan BN dan UMNO sejak dulu, kini dan selamanya adalah demi kesejahteraan rakyat. (Blaaaa lah wei.. kunun demi kesejahteraan rakyat.. demi poket sendiri ada lah.. wei rakyat tak buta dan pekak wei)
Sebab itulah pembangkang cuba melakukan pelbagai konspirasi bagi memburukkan kerajaan di mata rakyat dan antarabangsa. Keadaan itu terjadi kerana mereka melihat Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah perhitungan hidup mati parti pembangkang.(kalah menang perjuang membebaskan malaysia akan terus ditegakkan..dan orang orang mcm penulis haruss di beri kesedaran)
Apa pun biarlah pembangkang dengan perjalanan politik carca-marba mereka, apa yang penting BN dan UMNO meneruskan agenda mendekati rakyat serta memperkukuhkan perpaduan sesama mereka.
Dan paling penting fahamilah sehebat manapun manusia itu, mereka tidak akan mampu menghalang kebatilan ditumbangkan oleh kebenaran. Inilah janji Allah! (benar sekali janji Allah itu.. dalam kesseluruhan artikel hanya ayat ini jer yang betul ditulis.. itu pun tulisan tidak mencermin kan keimanan yang ada dalam hati .. sebab yang lainnya semua pembohongan)
Subscribe to:
Posts (Atom)