Wednesday 11 January 2012

apa sudah jadi dengan ulama umno nih...

Zakat: Jawapan menteri didakwa bercanggah
PKR mendakwa Jawapan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan bukannya wang zakat bercanggkah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum ini.
nik nazmiPengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) berkata, jawapan Jamil Khir, antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim  dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
Kenyataan yang dirujuk itu antaranya:
- Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.
- Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.
Sehubungan itu, Nik Nazmi berkata, Jamil Khir seharusnya tahu bahawa pemulangan semula wang tersebut tidak menjadikan tindakan awal menggunakan wang zakat itu tindakan yang betul daripada hukum syarak mahupun prosedur perbendaharaan kerajaan.
"Lainlah sekiranya Jamil menganggap dirinya salah satu daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Sekiranya Jamil beranggapan demikian, tidak perlulah dipulang semula wang tersebut menggunakan geran kerajaan!" katanya.
NONEJamil Khir (kanan) semalam menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar kerana wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Nazmi berkata, oleh kerana jawapan Jamil Khir masih tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan, PKR akan tetap membuat laporan polis pada minggu hadapan berhubung isu itu.

No comments:

Post a Comment