Thursday 9 February 2012

Haji Ekpress: Tabung Haji Di Gesa Siasat Siapakah Yang Urus "Orang Najib", Pergi Haji Tahun Lepas!

Seorang juruanalisa sistem Tabung Haji mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga tuduhan terlibat dalam pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji pada Jun 2010. Turut didakwa ialah seorang pegawai kerani Tabung Haji yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM6,750sebagai upah menolong menguruskan nama-nama jemaah haji pada tahun 2010 yang tidak layak menunaikan haji.Hakim Rozilah Salleh menetapkan kedua-dua tertuduh, Afizul Md. Yasin, 34, dan Roslan Mohamed Som, 47, diikat jamin RM20,000 seorang. Bila diperkatakan soal "Haji Ekspres" , umum sebenarnya tidak terkejut dengan apa yang berlaku dan dilakukan oleh tertuduh dalam kes ini. Sebelum ini kita sudah digemparkan dengan istilah berkenaan bila mana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berjaya mencipta "rekod dunia"dalam bab-bab urusan haji. Malah Mufti Perlis Dr Juanda Jaya sendiri melahirkan rasa terkejut dengan laporan Najib dan isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. Jika diperkatakan bab-bab "Haji Ekspres" Tabung Haji juga perlu menyiasat, bagaimana Najib boleh membawa beratus-ratus Ketua Kampung (JKKK) dan Ketua UMNO di kawasan beliau (Parlimen Pekan) menunaikan "Haji Ekspres" tahun lalu. Difahamkan, gara-gara kuota milik orang lain diambil maka ramai dikalangan jemaah haji yang terkandas untuk menunaikan ibadah itu. Najib dikatakan menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Tabung Haji memasukan senarai nama"orang-orangnya" sebagai hadiah persediaan menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Mereka yang layak ialah Ketua Kampung dan Ketua UMNO yang belum menunaikan ibadah tersebut. Paling mengejutkan, ada diantara mereka yang tidak langsung menyertai apa-apa kursus haji ketika itu. Ini menyebabkan mereka gagal menjalankan urusan haji mengikut ketetapan yang telah difardhukan kepada umat Islam. Tabung Haji sepatutnya menyiasat, bagaimana Najib boleh memunggah orangnya pergi haji sedangkan mereka tidak pernah pun mendaftar sebelum ini. Sudah pasti ada "orang dalam" yang terlibat.


Najib dan Rosmah cetuskan kontroversi bila buat haji dalam masa terpendek

[Tabung Haji digesa jalan siasatan, bagaimana nama-nama "orang-orang Najib" ini boleh tersenarai sedangkan mereka tidak perlu menunggu lama untuk berbuat demikian. Maknanya, Najib telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pegawai Tabung Haji membuang nama bakal-bakal haji yang sudah berdaftar untuk digantikan dengan nama-nama orang beliau dari Parlimen Pekan. Perkara ini tidak perlu disembunyikan lagi dan sememangnya telah diketahui oleh sebahagian besar rakyat Pekan. Ini jelas merupakan satu penyelewengan dan penganiayaan terhadap bakal-bakal haji yang sudah bertahun-tahun menunggu untuk menunaikan ibadah tersebut. Apa yang berlaku jelas sekali merupakan "Haji Ekspres" yang sama dengan apa yang didakwa. Apakah, dek kerana ia melibatkan orang-orang PM maka mereka tidak berani bertindak malah menyiasat?. Kenapa bila kena kepada orang biasa mereka dengan pantas mahu mendakwa dan menyiasat siapa yang terlibat. Justeru, sila siasat siapa yang uruskan pemergiaan haji orang-orang Najib ini dengan kadar segera].

No comments:

Post a Comment